Saturday, June 11, 2011

penyusuan tidak perlukan vitamin..

Seolah-olah menjadi trend apabila berniat hendak menyusukan anak, maka si ibu meletakkan syarat untuk membeli vitamin. Hakikatnya vitamin ini tidak membanyakkan susu. Vitamin disarankan kepada ibu yang menyusukan anaknya dan tidak mengambil makanan seimbang dalam pemakanan seharian.

Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susuibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susuibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP PENGOSONGAN PAYUDARA DILAKUKAN MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya ,membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

* ALFALFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.


* credit to kak N

Sunday, May 29, 2011

khasiat kismis..

Masih ingatkah anda dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.

Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.

Malah keduanya, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata?

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab,

Disabdakan Rasulullah SAW,

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.“

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kenapa begitu? “Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” nukil artikel itu.

Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan? Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga.

Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.

Manfaat Kismis:

a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

InsyaAllah..

From : wanita sihat..

Monday, April 25, 2011

Turunkan berat badan semasa menyusukan anak..

Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut-takut menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan.



Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.

Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.
Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg

Credit to Susu terbaik..

* kepada yang berminat boleh dapatkan Lecithin drpd sy untuk membantu proses penurunan berat badan..

Set Sesuai ikut keperluan

Sebagai ‘newcomer’ dalam era pemakanan nutrisi, ramai yang tidak mengetahui tentang vitamin dan mineral yang sesuai dengan dirinya. Ramai yang mungkin ‘tersalah’ ambil vitamin, yang mana tidak mengambil jenis yang tubuhnya benar-benar perlukan. Misalnya seorang yang stress tapi tak ambil b complex. Malah, ramai yang tidak tahu vitamin dan mineral yang sesuai untuk mereka.
Oleh kerana itu kami telah menyediakan set-set yang mudah untuk dipilih mengikut kesesuaian, malah lebih mudah lagi kerana ia disediakan dalam bentuk trial pack yang memudahkan pengguna. Ia bukan saja lebih mudah dibawa, malah lebih mudah untuk digunakan oleh mereka yang tidak pernah mengambil supplement secara konsisten kerana semua vitamin dan mineral di-pek dalam bentuk yang mudah dibawa.
Jadi, set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum) – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Baca tentang kebaikan alfalfa di link ini. Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1 – set B1 adalah trial pack set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.


* Credit to Kak N..


pada sesiapa yang bermiant untuk dapatkan trial pack yang dinyatakan di atas,blh la hubungi sy..

Friday, April 22, 2011

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak..

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Sumber rujukan : Kisah Hidupku

Thursday, April 21, 2011

memahami konsep penyusuan susu ibu dalam konteks yang lebih mudah..

Credit to kak N..

Orang selalu kata, kalau nak jimat, masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak.... jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi.
Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan diluar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa....sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susuibu. Jika kita tidak menanak beras , masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan,maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil....memandangkan kami orang susah ditambah adik beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan...jika mampu, belilah beras mahal....belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu....tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak....namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu...apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama....hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi....periuk. Adakah sama periuk yang multi-function ,periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul....susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.


Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan .

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

Saturday, April 16, 2011

apa yang ada dalam SET B shaklee..

salam semua..selamat pagi sy ucapkan kepada semua..

pagi nie sy akan ceritakan apa yang ada di dalam Set B. Dalam Trial Pack Set B,mengandungi Multivitamin,B compleks,Vitamin c dan alfalfa.set B sangat bagus di ambil oleh ibu menyusu yang ingin up kan penghasilan susu dan meningkatkan kualiti susu..kita akan tengok satu persatu fungsi dan kebaikan yang ada pada setiap vitamin tersebut..

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar..:)

sy sendiri pun mengambil set b+Esp dan alhamdulillah sy dapat Bf anak sy sampai skg.
alhamdulillah jugak anak sy membesar dengan baik dan tak pernah di serang demam atau apa2 sakit lg untuk setakat nie..bnyk kelebihan yang kita akan dapat daripada Trial Pack Set B nie..

* credit to kak N.

* sesiapa yang berminat untuk dapatkan trial pack daripada sy dengan harga RM80 dan free Delivery..

Thursday, March 24, 2011

Minggu yang membosankan...

Salam semua...

Apa khabar semua sahabat2 ku..mm...hari nie sy tak tau ape yang nak ditulis..
Pada sy minggu nie minggu yang sangat membosankan dan minggu yang sgt xbersemangat untuk bekerja...Semakin hari tekanan kerja semakin banyak,banyak kerja yang tertangguh..huhu..perasaan malas telah menghantui diri ini..pernah jugak terpikir untuk berhenti kerja dan fokus pade anak yang tersayang..alangkah indahnya kl dapat melihat anak membesar di depan mate dan dapat membesar dengan didikan kite sendiri kan...tapi apakan daya,kerje perlu diteruskan jugak untuk menampung kewangan keluarga memandangkan taraf hidup skg sangat tinggi..yelah,mana tak nye,petrol naik harga,gula naik harga,ayam pun naik harge dan macam2 barang lagi yang da meningkat harganye...mmm...nnti apa lg la barang yang naik harga..tapi mmg btl,skg sangat terase barang2 dikedai dan dipasar sudah makin mahal,kl dulu pegi pasar Rm50 hinggit pun xabh,sjk akhir2 nie pegi pasar msti akan lebih dr RM50 hinggit dan barang yang dibeli pun mcm tak berbaloi dengan wang yang dibalanjakan..tapi ape blh buatkan,redha jelah..

* kepada kawan2 yang berminat untuk membeli shaklee boleh hubungi sy...time kasih..


salam sayang..

ummidanial

Tuesday, March 15, 2011

Kesan SET B + Kalsium + ESP

Petikan asal blog : Mommy Icha

sekiranya kawan-kawan merasakan pengambilan Set B semata-mata tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, provided kawan-kawan buat 3 amalan utama bf mommies (pam konsisten ; air lebih 3L ; doa yang berterusan), maka saya syorkan kawan-kawan mencuba pengambilan Set B ini bersama ESP atau Ostematrix ; atau kedua-duanya sekali!

memang menakjubkan!

saya mula-mula tak perasan sangat benda ni since saya memang dari awal percintaan saya dengan SHAKLEE terus ambik SET E add-on ESP, so, memang saya takde problem apa-apalah. alhamdulillah. tapi, setelah seorang teman saya, kak ita, yang dah hampir give-up makan Set B dan buat segala macam teknik yang perlu nak banyakkan breastmilk tak menjadi, disarankan mengambil Ostematrix (dia dah ambik ESP masa tu). kak ita akhirnya mendapat hasil yang diinginkan! best sangat!

cerita ni dah lama. sms kak ita pun saya dah delete. haha. maybe korang boleh tanya sendiri dengan kak ita di Facebook Kak Ita. dan lagi satu tips, kak ita tak makan semua vitamin sekaligus. dia makan berasingan ikut masa tertentu. tips yang bagus sebab kita sedia maklum pengambilan vitamin akan menambah kepekatan darah. so, lebih baik dimakan pada waktu berlainan, mengikut keperluan dan kesesuaian.

sampai sekarang, kak ita setiap bulan akan topup vitamin-vitamin SHAKLEE tau. dan setiap bulan le cik abang kak ita datang ambil stok vitamin kat rumah saya (sebenarnya nak jenguk bakal menantu hehehe).

so, kepada kawan-kawan yang merasakan masih kurang berpuas hati dengan pengambilan Set B semata-mata, bolehla mencuba add-on Ostematrix ( Set E la ni!) atau ESP. lagipun, penambahan kedua-dua suplemen ni turut membantu melengkapkan lagi keperluan zat dalam badan.

PengalamanKu bersama SHAKLEE...

salam semua...

slmt malam diucapkan kepada semua pembaca..Malam nie sy nak ceritakan pengalaman saya sendiri selepas sy ambik vitamin Shaklee..sy mula ambik suplement nie masa sy dalam pantang,waktu tue sy sangat stress..da la berpantang jauh dari suami,pas 2 anak sy pulak nk mengempeng je dan nangis2 mcm xpernah kenyang mase menyusu..sian sangat tengok anak sy ms 2..Dengan keadaan yang sngat stress sy google di internet,sy bukak susuibu.com,last2 sy terjumpa Blog kak n yang menceritakan pasal penyusuan dan suplement shaklee..mlm 2 jugak sy terus call Kak n untuk bertanya dengan lebih jelas lagi vitamin shaklee nie..stlh sy dgr penjelasan saya terus order shaklee set C + Alfalfa dengan kak N.

alhamdulillah,dalam seminggu sy ambik Set C + Alfalfa,sy da boleh nampak perubahan pada susu saya dr segi kualiti dan kuantiti..saya dapat lihat susu sy agak pekat berbanding sebelum nie dan susu sy bertambah dr sebelum nie.kl sebelum nie bl sy pam sy hanya akan dapat 3-5 oz shj,tapi alhamdulillah selepas sy ambik vitamin nie,setiap kali pam sy blh dapat 9-12oz.sy bersyukur sgt.Anak sy pun da x selalu mengempeng dgn sy seperti sebelumnya.apa yang sy lihat anak sy cepat kenyang bl menyusu..sy sngt berterima kasih pada Kak N sebab menemukan sy dengan vitamin shaklee nie..

Skg anak sy da masuk 8bln dan sy masih lagi meneruskan BF sy dan juge masih meneruskan pengambilan suplement Shaklee.sejak dr dalam pantang sampai sekarang,anak sy belum pernah diserang demam even lepas injection di Klinik..InsyaAllah sy akan meneruskan BF sehingga anak sy berumur 2thn.Semoga Allah memberi kekuatan kepada sy untuk meneruskan Bf sehingga anak sy berumur 2thn..Amiiin...


* nie anak sy sebelum sy ambik suplement shaklee...


* Dan nie gamba anak sy selepas sy ambin suplement shaklee....




*kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Vitamin shaklee full pack atau trial pack blh dapatkan daripada sy..


salam sayaang,

ummi danial.

Saturday, March 12, 2011

ceritera AnaKKu......

salam semua...lm sudah tidak mengupdate blog ku nie...kebelakangan ini sangat sibuk dgn keje dan anak..

mm..kali nie sy nak cerita pasal anak teruna kesayangan saya..sedar tak sedar anak saya da msk 8bln..sekejap je rase masa berlalu..mcm baru semalam sy berada di 'labour room'...huhu..bl makin besar makin bnyk perangai si Danial nie..da 2 minggu sy hantar anak ke rumah pengasuh..mula2 risau jugak sy nak hantar Danial ke rumah pengasuh,sbb die da pandai pilih orang,tp alhamdulillah..semua ok..pengasuh cakap Danial nie kuat makan..mm,sejak die masuk 7 bln,die da xnk mnm susu dalam botol,die nak nenen je.jadi ms dengan pengasuh Danial xkn mnm susu,sy pun da xbekalkan susu skg dgn pengasuh sbb Danial mmg xnk langsung susu dgn botol..sian die..ptg br die susu dgn sy..

Danial skg laju sgt menjulur,kejap2 hilang,hehe..nnti da dapat kaki lagi laju la 2..anak lelaki kan,mmg lasak..hihi..skg sangat susah sy nak buat kerja kalau xde orang lain di rumah,xboleh tinggal die sorang2,msti nangis mencari..die suka kalau kite duduk dgn die,main dgn die...mm..ibu tau,Danial saje buat mcm tue..danial nak perhatian dari ibu...hehe..Danial..Danial...takpela Demi anak Ibu tersayang nie,Ibu Sanggup buat ape saje..
nie saje untuk hari nie,ade mse nnti smbung lagi cerita pasal anak teruna sy nie..


salam sayang..

ummi danial

Tuesday, February 22, 2011

Kesan sampingan yang perlu kita tahu bila consume vitamin Shaklee.


Credit to Kak N..
 Salam bahagia buat semua yang sudi membaca blog ibu. Walaupun tidak lagi menyusu, namun ibu sangat seronok untuk berkongsi pengalaman ibu menyusukan anak2 ibu selama lebih 2 tahun. Pada ibu tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat. Saban hari permintaan ke atas trial pack Shaklee sangat menggalakkan. Pada perkiraan ibu, sebulan melebihi 500  pack yang kami kongsikan bersama kenalan baru.
Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin ibu nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat ibu sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.
Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susuibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam trial pack set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi 30 Multivitamin @ Vitalea, 30's B complex, 30's Vitamin c dan 60 biji Alfalfa.
Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh ibu sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Macam ibu walau tidak bekerja namun vitamin sangat membantu agar ibu kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan 2 anak bujang ibu terutama bila abah tiada di sisi. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?

KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin  Shaklee ini ialah :
  1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih.
  2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil.
  3. Badan tidak mudah rasa lesu dan letih.
  4. Sentiasa rasa bersemangat.
  5. Fikiran lebih positif.
  6. Tidak mudah stress dan mudah menangani masalah dengan baik dan tenang.
  7. Kita  tidak akan mengalami kurang darah dan tekanan darah lebih stabil.
  8. Membantu melancarkan sistem perkumuhan dengan lebih lancar terutama apabila consume cukup air dalam sehari. 
  9. Badan mempunyai sistem imun yang tinggi dan mudah recover jika sakit.
 Maka kerana kesan utama inilah ramai wanita yang dulunya makan Shaklee hanya untuk tujuan penyusuan kini masih meneruskan makan vitamin Shaklee kerana merasa kelebihan dan kebaikkan walau sudah tidak menyusu lagi.

Namun sesuatu yang telah buat ibu sedar, rupa-rupanya terdapat KESAN SAMPINGAN bila makan vitamin ini terutama bagi ibu yang menyusu kerana ramai TESTIMONI yang menulis dan ianya diakui oleh ramai ibu yang mengamalkan set B Shaklee ini antaranya ialah :

  1. Susuibu menjadi lebih pekat.
  2. Susu berubah menjadi lebih kekuningan atau sedikit kehijauan
  3. Penghasilan susu mula menampakkan peningkatan terutama apabila kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten sehingga payudara kosong.
  4. Payudara mudah rasa bengkak terutama apabila si ibu tidak skip makan dan membuat perahan @ direct feeding sehingga payudara benar2 kosong SECARA KONSISTEN.

Ada yang bertanya, penting ke SUSUIBU PEKAT atau CAIR?

Susu pekat atau tidak : ia balik kepada kepuasan individu (si ibu). Khasiat susu ibu mmg terbaik. Cuma nasi kalau makan berlauk lagi sedap dari di makan begitu sahaja. Jika mampu then amik supplement, jika ada kekangan dan rasa tak perlu, tak perlu amik pun tiada masalah.
setiap individu punya taste yang berbeza. Ada org suka minum sbg cth milo yang cair, tetapi tidak kurang juga ada yg suka minum milo yg pekat. Hakikatnya ia tetap milo dan tidak berubah menjadi air sirap..... Sama dengan susuibu.
Pemakanan atau fokus pengambilan supplement bukanlah utk memekatkan susu tetapi membantu tubuh ibu...   untuk sustained iaitu kekal bertenaga, ceria, mood yang stabil namun secara tidak langsung kesan vit membuatkan susu menjadi lebih pekat. sekali lagi dimaklumkan susu pekat bukan fokus utama pengambilan vit tetapi kesan lain selain membantu si ibu sustained. Bagi working mom yang punyai jadual makanan tak teratur mmg digalakkan amik supplement supaya badan tak mudah penat, tak mudah stress and etc. Supplement ada byk, tidak semestinya Shaklee namun dapatkan yang tiada pewarna, tiada perasa tambahan supaya badan menyerap vit dengan sepenuhnya dan lebih baik. Walau bagaimanapun yg punyai kekangan cuba dptkan dr klinik kerajaan.

 Namun bagi yang TIDAK menyusukan anaknya ,mereka tidak akan mempunyai kesan sampingan ini sekiranya mereka consume semua vitamin dalam set B.




Sekadar maklumat tambahan



Apakah kepentingan setiap vitamin ini sebenarnya?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama iniiaitu perah dengan konsisten sehingga payudara benar2 kosong, minum 3 L air sehari (biar sedikit2 tetapi berterusan) dan doa yang berterusan.


Saturday, February 19, 2011

Kebaikan susu ibu..

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.
Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.
Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.
Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!
Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.
KEBAIKAN SUSU IBU
Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.
“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,” katanya kepada Bernama.
Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
“Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan,” katanya.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
FAEDAH TERSEMBUNYI
Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.
“Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
“Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti,” kata Siti Mariam.
Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
“Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.
“Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?” katanya.
Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
KEKURANGAN SUSU FORMULA
Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
“Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan,” katanya.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.
Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
“Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi,” katanya.
Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
“Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya,” kata Siti Mariam.
Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.
BAHAYA AIR
Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.
Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.
Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
“Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun,” katanya.
Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.
Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Sumber: BERNAMA

Monday, February 14, 2011

Shaklee Memperbanyakkan Susu?

Shaklee tidak membanyakkan susu. Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini sangat penting iaitu 1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten. Memang banyak cabaran bagi ibu bekerja untuk membuat sesi perahan yang tetap namun jika ada niat yang baik, insyaALLAH ALLAH bukakan jalan kemudahan. Jika tak pam, maka vitamin tadi hanya membantu ibu sihat dan bertenaga namun tidak membantu mendapat susu dengan banyak dan sendirinya tanpa mengepam. 2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 2L sehari bagi yang tidak amalkan pengambilan apa2 vitamin. Bagi yang makan vitamin, 3 L adalah cadangan supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.  Akhir sekali ialah 3) doa. Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang. Doalah semoga rakan seperjuangan berjaya dalam penyusuan dan banyakkan doa yang baik. Law of attraction, doa yang baik akan dapat yang baik,

Apakah kepentingan vitamin Shaklee dalam penyusuan?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.


Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:


Energizing Soy Protein (ESP)
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.


Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah




*Credit to: Kak N 

Saturday, January 15, 2011

Vitamin Ibu Mengandung..

Jika anda tanya.. perlukah makan supplements sewaktu mengandung? Sejujurnya..memang satu keperluan… Lagi2 jika anda tak mampu memenuhi diet harian yang seimbang.. Apatah lagi kalau tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C
  • OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
  • OmegaGuard
  • ESP(terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga)

Check List untuk Ibu yang Mahu Berjaya dalam Penyusuan


Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan 

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. 

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan  ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.

 Nota tambahan: Boleh rujuk SINI.


3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.



Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.


credit to kak n..

Friday, January 14, 2011

Suplement dan Penyusuan

Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susu ibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!



credit to kak N..

Saturday, January 1, 2011

Mengapa perlu Menyusu?


Sumber: Norlaila Hamima Jamaluddin (2010). Pelindung ibu dan bayi. MyMetro. 1 Ogos.


“TERLALU sikit, puas cuba beri anak susu badan tetapi dia macam tak puas, asyik menangis saja. Akhirnya saya dan suami mengalah, berikan Aina susu formula. Lebih senang, terutama bagi saya yang kerap bertugas di luar daerah. Kalau dipaksa beri, payudara saya yang terasa sakit.


“Kawan cerita, mereka tidak cukup tidur malam kerana terlalu kerap bangun menyusukan anak,” kata seorang wanita ketika menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan.
Terpaksa bangun malam menyusukan anak? Letih dan mengantuk pada siang hari? Ia bukan masalah, sebaliknya itulah keistimewaan menjadi ibu, kata Sheemi Mayanti Abdul Jalil, 29, yang menyusukan anak sulungnya secara eksklusif selama enam bulan.
Kini dia masih meninggalkan bekalan susu badan (yang dipam setiap hari) walaupun anaknya berumur 17 bulan. Tiada susu formula untuk si kecil kerana Sheemi percaya susu ibu jauh lebih baik daripada susu formula paling mahal di pasaran.
Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu. Malah maklumat mengenai manfaat dan kebaikan susu ibu berlambak di Internet dan saban tahun dipaparkan di semua media setiap kali menjelang Minggu Penyusuan Badan bermula hari ini hingga Sabtu depan (7 Ogos). Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.
Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
Ia juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.
Tahukah anda, susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Itu sebahagian daripada manfaat untuk bayi. Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin, kata Penasihat Penyusuan Badan Hospital Assunta, Sister Vara Letchime.
“Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
“Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
“Selagi anda mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat, anda menghasilkan susu yang baik untuk anak. Uniknya komponen susu badan ini berubah-ubah mengikut pertambahan usia anak,” katanya.
Penyusuan badan juga memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.
Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.
Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.

Susu terlalu sikit?
Menurut Vara, isu ketiadaan susu atau susu badan terlalu sedikit hanya mainan psikologi. Setiap wanita yang melahirkan anak dianugerahkan Tuhan dengan makanan untuk bayi (susu).
Pengeluaran susu badan berlandaskan konsep ada permintaan, baru ada penghasilan. Maknanya jika bayi tidak diberi susu badan, penghasilan susu berkurangan dan berhenti selepas satu tempoh tertentu.
“Ramai wanita anggap kemahiran menyusukan bayi datang secara semula jadi selepas melahirkan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari; baru anda dapat menyusukan bayi dengan baik dan ia secara tidak langsung menggalakkan penghasilan susu badan,” katanya.
Apa perlu dilakukan? Teruskan penyusuan walaupun anda berasakan susu yang keluar sangat sedikit. Bayi anda bijak, dia akan hisap susu dan berhenti apabila terasa kenyang; tidak akan tahu berapa banyak susu masuk ke dalam perutnya. Kuantiti yang anda rasakan ‘sedikit’ itu mungkin cukup untuknya untuk sekali susuan.
Pada awalnya susu yang keluar memang sedikit. Teruskan memberi rangsangan (menyusu bayi dengan betul); pengeluaran susu akan lebih tetap selepas tiga hari melahirkan anak.
Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran susu seperti kurang rangsangan, cemas dan bimbang, merokok, minum minuman beralkohol, kurang keyakinan serta tidak mendapat sokongan, khususnya daripada suami dan ahli keluarga, untuk menyusukan bayi.

“Wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih kalori (300 hingga 500 kalori) berbanding wanita lain. Cara mendapatkannya ialah makan kerap iaitu lima hingga enam kali sehari dan lebihkan pengambilan protein.
“Larangan makan ayam kerana takut gatal, terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, sebenarnya tidak praktikal kerana ayam mengandungi protein yang sangat diperlukan untuk penyembuhan luka. Kalau tidak mahu makan ayam, kena ganti dengan sumber protein lain.
“Susu yang dirumus untuk ibu juga baik bagi membantu wanita mendapat kalori harian secukupnya kerana ia biasanya mengandungi vitamin D, asid folik dan mineral. Ramai bertanya mengenai makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi.
“Tiada kaedah khusus untuk menentukannya, ia diketahui melalui kaedah cuba – kalau nampak bayi tidak selesa, periksa balik apa makanan yang anda ambil,” kata Perunding Pemakanan, Siti Wahida Mhd Halil.
Bagaimanapun, Siti Wahida mengingatkan wanita supaya tidak mengambil ubat atau persediaan herba sebelum atau selepas bersalin kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak pendarahan ketika bersalin secara normal atau pembedahan. Pengambilan persediaan herba ini dibenarkan enam minggu selepas bersalin.

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More