Saturday, January 15, 2011

Vitamin Ibu Mengandung..

Jika anda tanya.. perlukah makan supplements sewaktu mengandung? Sejujurnya..memang satu keperluan… Lagi2 jika anda tak mampu memenuhi diet harian yang seimbang.. Apatah lagi kalau tak lalu nak makan, minum susu tak boleh sebab tekak loya sangat, dan kalau berselera makan pun, akan makan lauk yang sedap di tekak sahaja, walaupun makanan tersebut tidak seimbang/ mencukupi khasiatnya. Di sinilah peranan pemakanan tambahan (supplements).
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
  • Vitamin-C
  • OsteMatrix (Calcium-Magnesium)
  • OmegaGuard
  • ESP(terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga)

Check List untuk Ibu yang Mahu Berjaya dalam Penyusuan


Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan 

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. 

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan  ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.

 Nota tambahan: Boleh rujuk SINI.


3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.



Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.


credit to kak n..

Friday, January 14, 2011

Suplement dan Penyusuan

Setiap perkara yang ditakdirkan pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Inilah yang ibu lalui apabila melahirkan Addin secara pembedahan. Secara kebetulan abang Addin dilahirkan dengan keadaan tak cukup bulan iaitu antara 34-35 minggu… jadi ibu nekad nak mengambil supplement kerana ibu tahu luka dalam (bahagian rahim yang di potong ) dan luka luar jahitan di perut perlu cepat baik agar ibu dapat menjalankan aktiviti harian ibu seperti biasa tanpa terbatas hanya kerana ceaserean.

Pengambilan vitamin pada asasnya hanya sebagai “ubat” kepada ibu untuk cepat baik dari luka pembedahan. Ibu tak mahu mengambil pil penahan sakit kerana pada ibu ianya melemahkan saraf sahaja.

Tanpa ibu sedari Addin membesar dengan sangat hebat… kenaikan beratnya pada 6 bulan pertama sangat menggalakkan. Ia mengujakan ibu dan abah tentang kebaikan susuibu pada si kecil. Tidak ibu nafikan Addin sangat kuat menyusu sehinggakan ibu terpaksa membuat ulangkaji melalui buku2 tulisan Dr. Bruce Miller yang memang menjadi koleksi ibu selama ini. Ibu mencari apakah supplement yang membantu membanyakkan susu dan akhirnya ibu terjumpa perkataan….Alfalfa helps to stimulate milk for breastfeeding mothers.

Namun ibu tidak punya sesiapa yang mempu guide dengan sepenuhnya sehinggalah baru ibu tahu Alfalfa dalam kumpulan “galaktogue”…dan memang berfungsi untuk menggalakkan tubuh si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik dan segera.

Supplement yang ibu ambil selepas operation adalah supplement asas untuk membaikkan luka ibu…itulah intention pertama ibu mengapa ibu mengambil supplement. Di samping itu ibu cuba mencari perkaitan mengapakah berat Addin naik dengan sangat hebat berbeza dengan baby kawan2 ibu yang menyusukan anak mereka(walaupun mereka menyusukan hanya 6 bulan tetapi progress mereka berbeza) sehinggalah satu hari Dr Haizam membuka minda ibu….
“Jika ibu mengambil vitamin dalam diet harian maka ia menambahkan zat nutrisi ke dalam susu ibu itu sendiri dan hasilnya anak mendapat banyak zat dan dapat membesar dengan baik sekali”.

Barulah ibu tahu bahawa susuibu itu sendiri mengandungi segala macam vitamin yang ibu makan selama ini untuk mengubat luka rahim dan jahitan di perut ibu.

Maka ibu pun membuat kesimpulan bahawa sekiranya seseorang ibu itu menyusukan anaknya dan andainya si ibu itu menjaga pemakanan hariannya serta menambahkan supplement dalam dietnya, secara langsung ia memberi kesan ke atas zat di dalam susuibu itu sendiri.

Apa jua makanan yang diambil oleh si ibu akan disalurkan kepada anak yang menyusu tadi….sebab itu apabila si ibu sakit dan dibekalkan ubat oleh tuan doctor maka perlulah si ibu tadi memaklumkan kepada tuan doctor bahawa dia(si ibu) itu menyusukan anaknya agar ubat yang dibekalkan selamat untuk penyusuan.

Mengapakah 3 vitamin ini penting untuk membantu penyusuan?

Multivitamin- kerana ia mengandungi ke semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang mana adakala kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan dalam menu seharian. Adalah sangat bagus jika multivitamin itu dibekalkan dengan formula zat besi kerana ini sangat penting dalam pembesaran anak2 kita. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan agar tidak mengambil multivitamin dengan minuman tenusu seperti susu kerana susu boleh menyebabkan pengurangan penyerapan zat besi secara optimum. (disarankan di ambil bersama air milo atau horlicks atau air kosong).

B complex- Apabila dinamakan kompleks bermaksud ianya lengkap dengan kehadiran semua jenis B yang penting iaitu 8 B: Thiamin, Riboflavin, Niacin, B6, Folic acid, B12, Biotin dan Pantothenic Acid. Apabila si ibu mendapat vitamin B yang lengkap maka si ibu akan dapat merasakan sentiasa bertenaga, dapat mengawal mood, berfikiran rasional dan ini meransang penghasilan susu dengan lebih baik. Kekurangan B12 jika tak silap ibu yang boleh menyebabkan si ibu hilang keseimbangan rasa..iaitu mudah moody, sensitive, mudah mengalah @ surrender, cepat letih, murung(terutama selepas bersalin) dan muka kelihatan tua dari usia sebenar.

Vitamin C- rasanya semua orang pernah dengar: An apple a day keeps the doctor away. Mengapa? Sebab dalam epal itu sendiri mengandungi vitamin antaranya ialah vitamin C. Vitamin C penting dalam meningkatkan antibodi tubuh kita. Jika si ibu mampu memakan 4-5 jenis buah2an dalam sehari melalui menu seharian, maka supplement C boleh diabaikan. Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan ini membekalkan sebanyak 500mg Vitamin C yang dirembeskan secara perlahan2 mengikut keperluan tubuh kita….(sustained release). Ibu yang memastikan pengambilan keperluan vitamin C ini akan mendapati anaknya jarang sakit. Hatta sakit sekalipun badan si kecil akan cepat menghasilkan antibodi untuk melawan sakitnya dan dengan ini sakitnya tidak berlarutan sehingga melebihi 3 hari . Jika si kecil sakit melebihi 3 hari , tuan doctor past mengesyorkan pemberian antibiotic kepada si kecil.


Perlukan pengambilan supplement dari kumpulan “galaktogue” seperti Alfalfa atau Halba(nama science nya fenugreek)?

Jujurnya pada ibu ya, sebab ia membantu penghasilan susuibu dengan baik, lancar dan mudah. Pengambilannya mungkin berbeza pada setiap badan. Ada antara ibu yang makan 2 biji sudah memberi impak yang besar manakala ada yang memerlukan pengambilan maksimum untuk mendapatkan impak yang hebat. Antara Alfalfa dan fenugreek, ibu lebih selesa Alfalfa kerana kebaikkannya banyak…ia adalah raja segala tumbuh2an, ia dapat menyejukkan badan jika si ibu demam, ia juga membantu si ibu menjalankan tanggungjawab isteri dengan penuh senyuman dan ia juga mencantikkan kulit si ibu. Pengambilan alfalfa juga tidak memberi kesan bau ke atas ibu mahupun si anak. Alfalfa sangat membantu mengurangkan keradangan akibat eczema kepada si kecil yang mengidap penyakit tersebut. Pengambilan alfalfa membantu eczema dari terus melarat. Ini telah ibu lalui melalui pengalaman ibu sendiri.

Oh ya, last but not least…vitamin adalah tidak sama seperti ubat. Ubat adalah satu rawatan segera yang secara perlahan2 memberi kesan kurang baik ke atas antibodi tubuh manusia. Berbeza dengan vitamin… vitamin adalah makanan sel dan ia membantu sel untuk stimulate dan membentuk sendiri antibodi melawan penyakit untuk tubuh kita.
Sebab itu pil2 yang tuan doktor syorkan untuk banyakkan susu seperti motilium sebenarnya bagus untuk jangkamasa pendek sahaja tetapi bukan untuk jangka panjang dan ianya dibekalkan untuk jangka pendek kerana ia boleh memberi kesan seperti depressed dan sebagainya jika pengambilan berterusan.

Oh ye, sebenarnya ibu memang consume banyak lagi supplement seperti ESP(protin), kalsium, omega, vit E dan beta carotene tetapi ianya bukan satu yang wajib untuk diambil sekadar menambahkan nutrisi dalam susuibu…..

The best investment dan paling berbaloi. Mana taknya berbaloi, susuibu yang mengandungi banyak nutrisi terutama vitamin C akan dengan sendirinya boleh menjadi penawar kepada si anak jika si kecil itu demam, selsema mahupun batuk. Jika Addin atau Nasa mempunyai simpton ke arah 3sakit ini ibu akan double dose kan pengambilan vitamin C instead of 1 tab ibu akan amik 2 tabs iaitu pagi dan malam.

Oh ye, tak lupa yang bertanya mengapa beli vitamin sedangkan boleh diambil dari klinik kerajaan sahaja? Jawapan ibu ialah terpulang pada individu...

Mengapa ada yang mahu bersalin di hospital swasta sedangkan hospital kerajaan jauh lebih murah?
Jawapannya: Tepuk dada tanya selera!



credit to kak N..

Saturday, January 1, 2011

Mengapa perlu Menyusu?


Sumber: Norlaila Hamima Jamaluddin (2010). Pelindung ibu dan bayi. MyMetro. 1 Ogos.


“TERLALU sikit, puas cuba beri anak susu badan tetapi dia macam tak puas, asyik menangis saja. Akhirnya saya dan suami mengalah, berikan Aina susu formula. Lebih senang, terutama bagi saya yang kerap bertugas di luar daerah. Kalau dipaksa beri, payudara saya yang terasa sakit.


“Kawan cerita, mereka tidak cukup tidur malam kerana terlalu kerap bangun menyusukan anak,” kata seorang wanita ketika menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan.
Terpaksa bangun malam menyusukan anak? Letih dan mengantuk pada siang hari? Ia bukan masalah, sebaliknya itulah keistimewaan menjadi ibu, kata Sheemi Mayanti Abdul Jalil, 29, yang menyusukan anak sulungnya secara eksklusif selama enam bulan.
Kini dia masih meninggalkan bekalan susu badan (yang dipam setiap hari) walaupun anaknya berumur 17 bulan. Tiada susu formula untuk si kecil kerana Sheemi percaya susu ibu jauh lebih baik daripada susu formula paling mahal di pasaran.
Jika hendak bercerita kebaikan, semua wanita terutama yang bergelar ibu, sudah tahu. Malah maklumat mengenai manfaat dan kebaikan susu ibu berlambak di Internet dan saban tahun dipaparkan di semua media setiap kali menjelang Minggu Penyusuan Badan bermula hari ini hingga Sabtu depan (7 Ogos). Manfaat memberi susu badan akan dinikmati ibu dan anak.
Bagi anak, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya. Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
Ia juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.
Tahukah anda, susu formula mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.
Itu sebahagian daripada manfaat untuk bayi. Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin, kata Penasihat Penyusuan Badan Hospital Assunta, Sister Vara Letchime.
“Ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan. Memang kebanyakan wanita berasa sedih selama beberapa hari selepas bersalin. Ia perkara biasa, tetapi kesedihan ini hilang perlahan-lahan apabila ibu menyusukan bayi mereka.
“Memberi susu badan sebenarnya memberi lebih kebebasan untuk anda pergi berjalan dan tidak perlu bimbang kehabisan stok kerana ia ada di badan anda.
“Selagi anda mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat, anda menghasilkan susu yang baik untuk anak. Uniknya komponen susu badan ini berubah-ubah mengikut pertambahan usia anak,” katanya.
Penyusuan badan juga memberi perlindungan tambahan kepada ibu kerana ia mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari — dua jenis kanser wanita paling ditakuti.
Kanser payudara memberi banyak kesan kepada penampilan dan psikologi seseorang wanita manakala kanser ovari dikelaskan sebagai kanser paling teruk kerana ia sukar dikesan.
Satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menurunkan berat berlebihan yang anda ‘kumpul’ sepanjang tempoh kehamilan.
Kajian mendapati setiap kali anda menyusukan bayi, kira-kira 500 kalori hilang tanpa perlu bersusah payah bersenam. Pada keadaan biasa kita perlu berlari atau naik tangga selama 64 minit; joging atau berbasikal (72 minit); senaman aerobik (90 minit) atau dua jam berbasikal untuk membakar kalori sebanyak itu.

Susu terlalu sikit?
Menurut Vara, isu ketiadaan susu atau susu badan terlalu sedikit hanya mainan psikologi. Setiap wanita yang melahirkan anak dianugerahkan Tuhan dengan makanan untuk bayi (susu).
Pengeluaran susu badan berlandaskan konsep ada permintaan, baru ada penghasilan. Maknanya jika bayi tidak diberi susu badan, penghasilan susu berkurangan dan berhenti selepas satu tempoh tertentu.
“Ramai wanita anggap kemahiran menyusukan bayi datang secara semula jadi selepas melahirkan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari; baru anda dapat menyusukan bayi dengan baik dan ia secara tidak langsung menggalakkan penghasilan susu badan,” katanya.
Apa perlu dilakukan? Teruskan penyusuan walaupun anda berasakan susu yang keluar sangat sedikit. Bayi anda bijak, dia akan hisap susu dan berhenti apabila terasa kenyang; tidak akan tahu berapa banyak susu masuk ke dalam perutnya. Kuantiti yang anda rasakan ‘sedikit’ itu mungkin cukup untuknya untuk sekali susuan.
Pada awalnya susu yang keluar memang sedikit. Teruskan memberi rangsangan (menyusu bayi dengan betul); pengeluaran susu akan lebih tetap selepas tiga hari melahirkan anak.
Beberapa faktor boleh mempengaruhi pengeluaran susu seperti kurang rangsangan, cemas dan bimbang, merokok, minum minuman beralkohol, kurang keyakinan serta tidak mendapat sokongan, khususnya daripada suami dan ahli keluarga, untuk menyusukan bayi.

“Wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih kalori (300 hingga 500 kalori) berbanding wanita lain. Cara mendapatkannya ialah makan kerap iaitu lima hingga enam kali sehari dan lebihkan pengambilan protein.
“Larangan makan ayam kerana takut gatal, terutama bagi wanita yang bersalin melalui pembedahan, sebenarnya tidak praktikal kerana ayam mengandungi protein yang sangat diperlukan untuk penyembuhan luka. Kalau tidak mahu makan ayam, kena ganti dengan sumber protein lain.
“Susu yang dirumus untuk ibu juga baik bagi membantu wanita mendapat kalori harian secukupnya kerana ia biasanya mengandungi vitamin D, asid folik dan mineral. Ramai bertanya mengenai makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi.
“Tiada kaedah khusus untuk menentukannya, ia diketahui melalui kaedah cuba – kalau nampak bayi tidak selesa, periksa balik apa makanan yang anda ambil,” kata Perunding Pemakanan, Siti Wahida Mhd Halil.
Bagaimanapun, Siti Wahida mengingatkan wanita supaya tidak mengambil ubat atau persediaan herba sebelum atau selepas bersalin kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak pendarahan ketika bersalin secara normal atau pembedahan. Pengambilan persediaan herba ini dibenarkan enam minggu selepas bersalin.

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More